Friday, September 3, 2010

mencari malam lailatul qada

Assalamualaikum.

      Alhamdulillah seperti biasa saya ingin mengucapkn kesyukurnya saya kepada Allah s.w.t. dgn limpah rahmatnya dan izinnya saya dapat menyampaikan  sedikit kefahaman atau ilmu yg ada pada saya dlm bentuk penulisan kepada anda semua yg membacanya, sesungguhnya dialah (Allah s.w.t)  yg memberi ilmu kepada kita, mudah-mudahan Allah s.w.t memberkata kita dgn ilmu pengetahuan yg telah dikurniakan ini. insyaallah.

      seperti yg saya nyatakan sebelum ini, amal ibadah kita haruslah ikhlas kerana dan semata-mata Allah s.w.t dan bukanlah pada ganjaran yg diberikan kepada kita, begitu jugalah dgn malam lailatul qada. malam lailatul qada adalah malam yang seumpama malam seribu bulan, Allah s.w.t menurunkan malaikat jibril dan segala malaikat yg menjaga langit kemuka bumi utk memberi rahmat kepada mereka yang mengabdikan dirinya kerana Allah s.w.t dan mengangkat doa mereka terus kepada Allah s.w.t tanpa ditapis di setiap langit. 

      ramai yg mengatakan malam lailatul qada ini ada pada 10 mlm terakhir, tetapi bagi pendapat saya pula malam lailatul qada ini ada pada setiap malam di bulan ramadhan, disebabkn Rasullallah mengatakan ianya terdapat pada 10 mlm terakhir kerana beliau tidak mahu umat-umatnya terlepas dari mendapat rahmat Allah s.w.t yg berlipat kali ganda (bagi yang tidak memperolehnya lagi) oleh itu beliau menyuruh umatnya utk menggandakan usaha mereka utk mengabdikan diri pada Allah s.w.t.

     sesungguhnya Allah s.w.t itu bukanlah buta, dia maha mengetahui segala yg ada di langit dan di bumi, dan dia lebih mengetahui segala yg ada didalam hati kita. kita terlalu mengharapkn ganjaran yg akan diberikan kepada kita tanpa kita sedar adakah segala amal ibadah yg kita kerjakan sama seperti yg Allah s.w.t mahukan? dan adakah amal ibadah kita diterima olehnya? amal ibadah yg kita lakukan bukan kerana Allah s.w.t adalah batal ianya sama seperti kita melakukan ibadah tawaf semasa mengerjakan umrah. 

      semasa melakukan ibadah tawaf bahu kiri kita haruslah sentiasa mengadap baitullah, sekiranya terpesong dari mengadap baitullah ianya batal, simboliknya di sini kenapa bahu kiri kita harus mengadap baitullah kerana hati kita terletak di sebelah kiri, dan baitullah itu umpama Allah s.w.t,(sentisa mengadap Allah) sekiranya kita berpaling darinya maka batallah ibadah tawaf kita itu, samalah sekiranya kita melakukan ibadah pada mlm hari di bulan ramadhan ini, 

      sekiranya ibadah kita utk mencari atau utk mendapatkan lailatul qada, maka terbatal lah amal ibadah kita pada mlm itu, kerana hati kita sudah berpaling atau terpesong daripadanya kerana kita mencari ganjaran yg diberikan bukan kerana keikhlas kita beribadah kepadanya. "Bukan pemberian dijadikan tujuan tetapi pemberi yg menjadi tujuan" sesungguhnya Allah s.w.t itu maha pengasih lagi maha penyayang dan segala ketentuan adalah padanya, kepada siapa yg hendak diberikan adalah ketentuannya dan tiada siapa yg dapat mengubahnya, sesungguhnya dia lebih mengetahuia apa yg kita tidak ketahui.

akhir kata marilah kita memperbetulkn niat kita supaya hati kita tidak terpesong daripadanya, mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dan nikmat daripadanya. segala yg baik dtg daripadanya (Allah s.w.t) dan yg kurang itu datang dari saya. 

"ya Allah yarabbil alamin, hamba mu ini memohon kepadamu janganlah kau pesongkn hati ku ini daripada mu, sebaliknya kau tunjukkan lah hamba mu ini kejalan yg benar yg engkau redhai, dan janganlah kau berpaling daripadaku sekiranya hamba mu ini lalai dan leka dari mengingati mu, ya Allah yarabbil alamin kau tetapknlah hati ku ini utk sentisa mengadap kepadamu dan jgnlah kau palingkn hati ku ini daripadamu setelah kau berikan petunjuk dan hidayahmu kepadaku, sesungguhnya hamba mu ini masih memerlukan bimbingan dan rahmat mu utk terus hampir kepadamu yaAllah, sesungguhnya engkaulah tuhan semesta alam yg maha pengasih lagi maha mengasihani lagi maha penyayang" amin..

Assalamualaikum.. 

    

No comments:

Post a Comment