Powered By Blogger

Thursday, August 5, 2010

Ikhlas dalam Ibadah & Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..
  
   Syukur dengan izin Allah Ya rabbilAl'lamin, dapat kita berkongsi bersama sedikit ilmu supaya kita dapat menghayatinya bersama.

   Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan di mana Al-Quran telah diturunkan. Allah s.w.t telah menjanji fadhilat yang tidak terhingga untuk setiap ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan, sesungguhnya Allah  s.w.t tidak akan memungkiri janji.

   Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai info dan maklumat tentang keberkatan bulan Ramadhan. Kita diajak untuk memperingkatkan amal dan ibadah sempena bulan yang penuh keberkatan ini. Sebagai contoh ;
       Risalah diedarkan di setiap surau dan masjid tentang fadhilat merjakan sembahyang sunat Tarawih. janji Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang ke atas hambanya yang melakukan ibadah solat terawih.

  Walaubagaimanapun, persoalan yang timbul " adakah kita mengerjakan solat terawih itu kerana pahala yang telah dijanjikan?" Sekiranya ianya, bukankan itu sama dengan membuat sesuatu dan mengharapkan balasan di atas perbuatan kita itu? Adakah kita tidak akan melakukan solat terawikh itu sekiranya tiada balasan yang dijanjikan Allah s.w.t.?

   Marilah kita sama-sama renungkan. Dimanakah letaknya KEIKHLASAN di dalam ibadah kita itu? Bukankah ibadah itu haruslah ikhlas - melakukan ibadah dengan mengharapkan keredhaanNya? Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap amalan dan perbuatan kita akan dinilai walaupun sebesar zarah dan Allah itu tidak akan mungkir janji. Maka marilah kita sama-sama memperbetulkan niat kita untuk setiap amal dan ibadah yang kita lakukan. Sesungguhnya, setiap ibadah itu haruslah " kerana Allah Taala". Kerana dengan niat yang betul, keikhlasan itu dapat meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita terhadap Allah s.w.t

   Ibadah itu tidak seharusnya terhenti atau semakin berkurangan apabila habisnya bulan Ramadhan. Ianya haruslah kta lakukan setiap waktu. Segalanya terletak di atas niat kita sebelum melakukan sesuatu perkara. Pernahkah kita dengar, bekerja itu adalah satu ibadah? Belajar juga adalah ibadah? Ini kerana apabila sesuatu perkara yang kita lakukan dimulai dengan niat " kerana Allah Taala" ianya adalah merupakan satu ibadah. Marilah sama-sama kita memohon supaya Allah s.w.t menerima ibadah kita dengan niat yang ikhlas, hanya Allah s.w.t jualah yang maha mengetahui dan layak memberi kita fadhilat di atas setiap ibadah yang kita lakukan. Wallahualam..

   Ya Allah Ya Rabbila'lamin, sesungguhnya kami hambamu yang tak tahu, tak pandai dan sentiasa melakukan dosa dan kesalahan. Ampunilah kami, sesungguhnya engkaulah yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Berilah hidayah dan petunjukmu ke atas kami. Bimbinglah kami ke jalan yang benar dan jalan yang engkau redha. Jadikanlah kami hambamu yang beriman.

No comments:

Post a Comment