Powered By Blogger

Thursday, September 30, 2010

Islamkah kita?

Assalamualaikum..

 Segala puji dan syukur ke hadarat Allah, Tuhan sekelian alam. Dengan nikmat dan rahmatnya bertemu kita kembali dengan bulan Syawal selepas sebulan kita berpuasa. Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui dan kepadanyalah kita meminta semoga kita dapat bertemu kembali Ramadhan pada tahun hadapan.

 Pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia sedang meraikan kemenangan dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan menahan nafsu di bulan Ramadhan. Terdapat 2 golongan yang menyambut kemenangan,

  Pertama - kemenangan ke atas orang beriman yang berjaya melakukan ibadah puasa serta amal ibadah yang ikhlas kerana Allah Taala

  Kedua - kemenangan ke atas Iblis & syaitan kerana berjaya mempengaruhi umat islam untuk melakukan maksiat dan melakukan ibadah kerana mengharapkan balasan, menjadikan hari Raya Aidilfitri hari untuk bermegah-megah dan riak antara satu sama lain.

  Semoga kita berada dalam golongan yang pertama, Amin.

  Berbalik kepada tajuk atau persoalan kita, Islamkah kita? Apa itu Islam? Islam adalah Percaya bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan percaya bahawa Nabi Muhammad itu Rasul dan Pesuruh Allah.

  Rasulallah & Al-Quran telah diturunkan Allah ke bumi ini sebagai Petunjuk dan hidayah kepada kita semua umat Muhammad. Hari ini, tatkala bumi sudah ke penghujung masa adakah kita memegang dan menghayati ajaran Rasulallah dan Al-Quran sebagaimana ianya telah diturunkan oleh Allah. Adakah Islam kita terletak hanya pada nama? Islam kerana keturunan? Cuba lihat disekeliling kita? Dimanakah Sifat-sifat mulia yang kita amalkan sewaktu bulan Ramadhan? Adakah amalan kita cuma sebulan pada setiap tahun?

  Pada hari ini, ramai yang menjadikan Islam itu sebagai Agama budaya & mengikut kesusaian individu tersebut. Adakah kita cuma melakukan kewajipan kita seperti bersembahyang apabila mempunyai masa terluang? Bersembahyang jemaah dan mengunjungi masjid tatkala bulan Ramadhan? Berbudi bahasa hanya sewaktu tetamu berkunjung ke rumah di bulan Syawal?

  Cuba kita renungkan diri kita sendiri, adakah amalan-amalan tersebut kita lakukan secara bermusim atau setiap masa? Islam itu adalah Ad Deen atau cara hidup. Rasullah diturunkan sebagai pembawa dan penyebar Agama Islam melalui Al-Quran dah Sunnah. Baginda telah berpesan pada khutbah beliau yang terakhir supaya berpegang kepada Al_Quran dan Sunnah dan kita tak akan sesat.

  Marilah kita renungkan bersama, Islamkah kita mengikut apa yang dikendaki oleh Allah & di ajar oleh Rasul kita ATAU Islamkah kita hanya sekadar nama?


 
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Ya Allah Ya Rabbil Alamin, kami berserah kepada Mu, & agamu ya allah. Terimalah Kami sebagai hamba mu yang beriman. Peliharalah iman kami, tetapkan Hati kami dan janganlah kau pesongkan hati kami setelah kau memberi kami petunjuk dan Hidayah. Amin

No comments:

Post a Comment