Powered By Blogger

Saturday, July 31, 2010

rahsia di sebalik solat jumaat

Assalamualaikum..
       Terlebih dahulu sya ingin mengucapkn kesyukuran terhadap ilahi kerana dgn izinnya sya masih lagi bernyawa hinggalah kehari ini, dan sya juga bersyukur kepadanya kerana dgn izinnya sya dapat berkongsi sedikit ilmu pengetahuan bersama-sama anda semua. ramai dikalangan kita yg tidak mengetahui kenapa diadakan solat jumaat, dan persoalan ini tidak pernah timbul di fikiran kita kenapa adanya solat jumaat? dan ianya wajib bagi kaum lelaki dan tidak bagi kaum wanita. persoalan ini bukanlah utk mempertikaikan kemahuannya, tetapi sekadar ingin mengetahui kenapa ia diwajibkn, tujuan utama solat jumaat adalah utk menyatupadukan ummah diantara kita danmerapatkn silatulrahim diantara kita tidak kira usia,pangkat,bangsa, mahupun harta, pada hari ini kita dapat melihat bahawa kita adalah sama dimatanya, pangkat, darjat dan harta hanyalah kurnia yg dipinjamkan @ diberikan kepada mereka yg memilikinya dan ianya juga adalah satu dugaan. sesungguhnya ALLAH itu maha kaya dan maha berkuasa dia memberikan rahmatnya kepada siapa yg dia kehendaki. solat jumaat juga adalah bertujuan utk kita ingat mengingati diantara satu sama lain supaya mempertingkatkn ketakwaan dan keimanan kita padanya. kita seelau dengar pada permulaan khutbah jumaat "mimbar ingin berpesan marilah kita meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita pada ALLAH S.W.T"
       Tujuannya mimbar selalu menyebut perkataan ini adalah bertujuan untuk mengingatkn kita bahwa kita ini sentiasa berada dalam kelalaian, dan tahap keimanan kita ada pasang surutnya. kita selalu leka dan alpa dgn tugas dunia dan menyebabkan kita lupa akan hari akhirat, disebabkan inilah kita disuruh utk pergi kemasjid-masjid utk kita berpesan-pesanan di antara satu sama lain supaya kita kembali ke pangkal jalan sebelum kita lebih lalai dan leka dgn kehidupan di dunia.Salah satu lagi tujuan kenapa kita diwajibkan pergi menunaikan solat jumaat (kaum lelaki) adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang lelaki adalah sebagi pembimbing didalam keluarga apabila kita sudah mendirikan rumah tangga kelak, nasib ahli keluarga kita bergantung pada kita segabai pembimbing, sama ada dijalan yg lurus mahupun terpesong dari landasan yang benar. sekiranya kita tidak dapat berada dijalan yang benar, bagai mana kita hendak membimbing keluarga kita??
     Apakah tujuan khutbah jumaat?? khutbah jumaat mengandungi rahsia-rahsia yg terdapat didalam al-quran dan hadith, didalam khutbah jumaat mimbar akan memperdengarkan ayat-ayat al-quran dan hadith kepada kita, ia mengandungi maksud yang tersirat dan tersurat, dan jgnlah kita terlepas dari mendengarnya, seelok-eloknya kita memberi tumpuan pada setiap yang disampaikan oleh mimbar supaya ia dapat mendekatkn lagi kita pada ALLAH s.w.t. inilahlah tujuan yang sebenar yang hendak disampaikn oleh Nabi kita MUHAMMAD s.a.w. kepada kita supaya kita sentisa mengingati,bertakwa dan beriman kepadanya. sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui hamba-hambanya dan dia lebih mengetahui apa yg kita tidak ketahui, dan setiap kejadian tiada sia-sia. solat jumaat itu bermula dari azan zohor yang pertama sehinggalah sudahnya menunaikan solat jumaat, dan jgn lah kita melengah-lengahkn utk mengerjakan ibadah kita dengan sengaja, sesungguhnya orang yg melengah-lengahkn utk menunaikn ibadah adalah dikalangan orang-orang yg rugi, dan banyakkan lah kita berselawat dan bermohon keampunan pada hari jumaat mudah-mudahan kita mendapat keradaannya. akhir kata marilah kita mempertingkatkn ketakwaan dan keimanan kita pada ALLAH s.w.t sesungguhnya yang baik itu dtg dari ALLAH dan yang kurang itu dtg dari kelemahan sya sendiri.
 Assalamualaikum..

tersesat di jalan yg terang

Assalamualaikum.
      Bersyukurnya saya pada hari ini kepada ALLAH s.w.t kerana dgn izinnya saya masih dapat menghirup udara sehingga ke hari ini dan dapat saya berkongsi sedikit ilmu yg ada bersama kalian utk dihayati dan difahami bersama-sama.  Ramai di antara kita yg telah tertipu dan ditipu oleh syaitan jin dan iblis pada masa ini tanpa kita sedari, sesungguhnya kita ini hamba yg lemah lagi lalai.  Manusia pada zaman ini lebih mengejarkn kemewahan,kekuasaan, popularity dan ilmu yg diluar jangkauan(alam ghaib) dari mengejar IMAN & TAKWA kepada ALLAH s.w.t. Kebanyakan kita tidak menyedari bahwa kita telah ditipu dan tertipu dgn permainan syaitan jin dan iblis, contohnya sembahyang kerana takutkn neraka, sembahyang kerana mahukan pahala dan balasan syurga, solat kita seharusnya semata-mata kerana ALLAH s.w.t dan mencari keredaannya.
       Kita telah di ajar dari kecil lagi bahwa melakukan kejahatan mendapat dosa dan melakukan kebaikan mendapat pahala, dengan ini secara tidak lansung amal ibadah kita telah bertukar kerana mahukan pahala dan bukan lagi semata-mata kerana ALLAH s.w.t., dalam solat kita selalu menyebut “amal ibadahku, hidup dan matiku kerana ALLAH s.w.t” tetapi kita telah melakukan syirik tanpa kita sedari semasa mengerjakan solat kerana tujuan kita menunaikan solat tadi telah berubah kerana kita takutkn azab api neraka dan mahukan balasan pahala dan syurga. Sesungguhnya dosa, pahala, syurga dan neraka adalah ketentuan ALLAH s.w.t semata-mata dan hanya dia yg layak menghukum kita mahupn memuliakan kita.  
      Kepercayaan tahyul seperti mempercayai azimat,sakti,ayat2 pendinding dan ayat-ayat al-quran dapat melindung kita dari bahaya,kecelakaan,dan gangguan syaitan jin dan iblis sudah menjadi sebati dalam diri kita. Kita sebai umat islam haruslah meninggalkn kepercayaan-kepercayaan ini supaya kita tidak tersesat di jalan yang benar. Sesungguhnya Al-Qurran itu diturunkn adalah utk dibaca, dihayat, dan difahami dan sebgai panduan kepada kita, dan bukanlah utk dijadikan sebagai pendinding utk menghalau hantu, mahupun sebagai penarik rezki dan sebagai pelindung kepada kita dari segala kejahatan.
      Setiap ayat Al-Qurran mempunya maksud-maksud tersendiri, dan tidak salah bagi kita utk membacanya. Percaya pada Al-Qurran adalah rukun iman yg ketiga, maksud percaya pada Al-Qurran itu adalah mempercayai bahwa Al-Qurran itu adalah benar lagi soheh yg tidak ada sedikitpun satu penipuan, dan ayat-ayat yg terkandung didalamnya hanyalah utuk menunjukkn kebesaran ALLAH yg maha berkuasa lagi maha pencipta kepada kita. Tetapi ramai dikalangan kita telah ditipu oleh syaitan jin dan iblis dengan mempercayai bahwa ayat-ayat Al-Qurran itu mempunyai kuasa yg dapat menolong kita dari kecelakaan, kejahatan, mahupun memberi manfaat kepada kita seperti dapat membuka pintu rezki dan melindungi kita dari bahaya.
Contoh ayat yang menjadi amalan kita pada masa ini
  1. Ayat-kursi.
  2. an-nass (dibaca sebanyak 3 kali).
  3. al-falaq.
  4. al-fatihah (3x,5x,7x).
  5. ayat 1000 dinar.
  6. Bismillah (3,7)
sesungguhnya ayat-ayat ini tidak dapat memberi kesan atau manfaat kepada kita, sekiranya kita memahami maksud ayat itu,jadikanlah ia sebagai doa dan bukanlah ianya hanya sebutan yg membasahi bibir kita semata-mata dan haruslah kita yakin pada ALLAH s.w.t bahwa dialah yg member perlindungan kepada kita, bukan ayat yg dibaca itu membuatkan kita mendapat perlindungan daripadanya.
       Tanpa kita sedari kita telah ditipu oleh syaitan jin dan iblis kerana disebabkn ini kita telah melakukan syirik tanpa kita sedari. Perbuatan ini adalah sama seperti meminta tolong pada bomoh,dukun,tabib,dan ustaz. Mata kita telah dikaburi dgn tipu muslihat mereka utk menyesatkn kita dgn menampakkn perkara yg salah mnjadi betul dan perkara yg betul mnjadi salah kerana kita tidak beriman kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH s.w.t bersabda "MINTAKLAH PADAKU SESUNGGUHNYA AKU LAH YANG MAHA BERKUASA " (kesimpulan dari surah al-falaq), marilah kita kembali kejalan yg benar dan diredhai, sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyayang lagi mengasihani kepada hambanya yg bertaubat dan mengaku akan kesilapan yang mereka telah lakukan  kepadanya, dan marilah kita bersatu padu sesama kita utk menegakkan syiah islam iaitu IMAN dan TAKWA dari ditindas oleh agama lain “sesungguhnya org yg beriman itu adalah bersaudara” dan janganlah kita bermusuh-musuhan sesama islam kerana disebabkan berlainan parti politik dan persefahaman keranan ALLAH sangat membenci pada mereka yg seugama islam yang bermusuh-musuhan diantara mereka.
        "YA ALLAH YARABBILALAMIN, AMPUNKANLAH SEGALA DOSA YG TELAH HAMBA MU INI LAKUKAN SEJAK HAMBA MU INI LAHIR DI ATAS DUNIA INI, SESUNGGUHNYA HAMBA MU INI HAMBA KUFUR, INGKAR, JAHIL, LEKA DAN LALAI DARI MENGINGATIMU YAALLAH, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA YG HAMBA MU INI TELAH LAKUKAN DENGAN DISENGAJA DAN YG TIDAK DISENGAJAKAN, YA ALLAH YARABBILALAMIN LINDUNGILAH DAN PELIHARALAH HAMBAMU INI DARI TIPU HELAH SYAITAN, JIN DAN IBLIS YG MENYESATKAN, SESUNGGUHNYA HAMBAMU INI TIADA DAYA UTK MELAWAN ATAU MELINDUNGI DIRI HAMBAMU INI SENDIRI YAALLAH, HANYAKEPADA ENGKAULAH HAMBAMU INI BERMOHON MEMINTA PERLINDUNGAN YAALLAH, YAALLAH YARABBILALAMIN TERANGKANLAH JIWA HAMBA MU YG PENUH DGN KEGELAPAN INI DGN CAHAYA-CAHAYA MU,BERSIHKANLAH JIWA KU YG PENUH DGN KEKOTORAN INI DGN CAHAYA-CAHAYA MU, DAN ENGKAU BANTU DAN BIMBINGLAH HAMBA MU INI UTK KEMBALI BERIMAN DAN MENUJUKEPADA MU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG DAN HANYA ENGKAULAH YG DAPAN MEMBIMBING HAMBA MU INI KELUAR DARI KESESATAN YAALLAH”

akhir kata marilah kita bersama-sama kejalan yg diredhai dan kembali beriman kepada ALLAH, dan saya ingin meminta maaf atas kekurangan yg ada pada saya, sesungguhnya yang baik itu dating dari ALLAH, dan yang kurang itu dating dari saya.
ASSALAMUALAIKUM.