Powered By Blogger

Saturday, April 2, 2011

"I love Allah"


Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersyukur saya pada Allah s.w.t atas rahmat,nikmat, petunjuk dan hidayah yg telah diberikan kepada saya hingga ke hari ini. Sesungguhnya Allah s.w.t maha mengasihani pada hamba-hambanya, dan bersyukurnya saya kepadanya kerana masih lagi bernyawa dan dapat saya berkongsi sedikit kefahaman didalam agama islam bersama-sama anda semua yg sudi membaca.

Tajuk yg saya ingin saya kongsikan pada hari ini dalah “I love Allah”. Kebelakangan ini saya banyak terlihat di belakang kereta di bahagian cermin dgn slogan “I love Allah”. Persoalan saya adalah benarkan kita mencintai Allah s.w.t? adakah ianya sekadar kata yg hanya membasahi bibir kita? Atau adakah hanya utk di pratontonkn kepada org lain bahwa kita mencintai Allah atau untuk membuktikan kita beragama islam dgn menampal slogan “I love Allah” di belakang kereta?

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya perkataan yg akan anda baca sebentar lagi akan menyakiti hati anda. Apakah yg dimaksudkn cinta kepada Allah s.w.t? di dalam kefahaman saya, cinta adalah sesuatu yg tidak dapat digambarkn melalui kata-kata, cinta adalah sesuatu yg ditunjuk (love is not what u say, it’s something u show that u are in love) lihat lah pada diri kita sendiri adakah kita benar-benar mencintai Allah s.w.t? dgn berkata “I love u Allah”, dgn berkata sedemikian ia tidak bermakna kita mencintainya.

Mencintai Allah s.w.t adalah dgn berpegang teguh pada suruhannya, menjadi hamba yg taat  dgn segala yg disuruh dan meninggalkn segala larangannya. Contohnya semasa kita bercinta dgn seorang hamba Allah kita sanggup melakukan apa sahaja utk tidak menyakiti hatinya, dan sentiasa mengingatinya pada setiap masa. Adakah kita sentiasa mengingati Allah s.w.t? adakah kita sanggup melakukan apa sahaja utk tidak menderhaka kepadanya? Adakah kita patuh dan taat dgn suruhannya? Atau adakah cinta kita hanya sekadar kata-kata?

Jangan lah kita menjadi dikalangan orang yg berpura-pura (munafik) sesungguhnya mereka adalah dikalangan orang-orang yg rugi. Sekiranya kita benar-benar mencintai Allah s.w.t seperti mana Nabi Muhammad s.a.w mengasihi Allah s.w.t Alhamdulillah, tetapi sekiranya hanya sekadar kata-kata yg membasahi bibir atau untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain, marilah kita bersama-sama kembali kejalan yg benar. Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha mengatahui segalanya, samaada di langit mahupun dibumi, dia maha mengetahui segala yg ada di dalam hati kita,   

Mengatakan sesuatu yg tidak kita fahami dgn maksud yg sebenarnya akan mengundang padah pada diri kita sendiri akhirnya, biarlah kita sekadar berdiam diri dgn tidak mengatakan sesuatu dikhalayak ramai agar kita tidak tergolong dikalangan orang yg berpura-pura (munafik).

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-zukhruf ayat 20 yg berbunyi & bermaksud

                  ٢٠) أَمۡ ءَاتَيۡنَـٰهُمۡ ڪِتَـٰبً۬ا مِّن قَبۡلِهِۦ فَهُم بِهِۦ مُسۡتَمۡسِكُونَ)  

 [20] Dan mereka berkata: "Kalaulah Allah Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak menyembah malaikat itu". (Sebenarnya) mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun mengenai kata-kata mereka (yang demikian), mereka hanyalah orang-orang yang berdusta!

Akhir kata dari saya, marilah kita menuju kejalan yg diredhai Allah dan marilah kita kembali berpandukan Al-quran dan Sunah supaya kita tidak terpesong dari jalan yg benar, insyaallah. Segala yg baik dtg dari Allah s.w.t dan kekurangan itu dari diri saya sendiri.
Assalamualaikum

Friday, February 18, 2011

Sunnah dan Budaya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Bersyukur saya kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan nikmat yg telah dilampahkan kepada kita sehingga kehari ini, dan bersyukurnya saya kepada Allah s.w.t kita masih lagi dapat menghirup udara dan bernyawa sehinggalah kehari ini, susungguhnya atas izinn,petunjuk dan hidayahnya dapat saya menulis sedikit kefahaman saya dalam agama islam supaya dapat kita berkongsi bersama-sama agar kita lebih memahami & menghayati agama yg dituntut oleh Allah s.w.t kepada hambanya, mudah-mudahan Allah s.w.t memberkati ilmu yang dikongsi bersama ini, Insyaallah.

Tajuk pada kali ini ialah "Perbezaan diantara Sunah dan Budaya". seperti kita tahu sunah adalah apa yg dilakukan oleh nabi kita Nabi Muhammad s.a.w semasa hayatnya dimuka bumi ini, tetapi ramai diantara kita yang tersalah anggap atau menyamakan sunnah dan budaya. Sunnah adalah perkara atau ibadah yg dilakukan oleh Baginda, samaada zahir mahupun batin setiap perkara atau ibadah adalah sunnah, Rasullallah berpesan kepada umatnya pada khutbah terakhirnya di padang arafah semasa mengerjakan haji bahwa "berpandulah dengan al-quran dan sunnah ku, nescaya kamu akan berada dilandasan yg benar menuju Allah s.w.t." 

Pada zaman ini kita beranggapan sunnah nabi itu ialah berjanggut, memakai jubah, memakai celak dan berbagai lagi. pada zaman baginda janggut adalah utk membezakan umat islam dengan orang-orang kafir dan munafiq, baginda menyuruh umat-umatnya memotong misai dan membiarkn janggut, dengan melakukan ini mereka dapat membezakan diantara satu sama lain dan ianya hanyalah untuk ketika itu, tetapi sedihnya pada zaman ini ada yg beranggapan bahwa membela janggut adalah 1 sunnah yg dituntut dalam agama islam bagi golongan lelaki, Allah s.w.t mengurniakan kita akal fikiran supaya kita berfikir, dan janganlah kita mensia-siakan akal yg dikurniakan kepada kita dengan tidak memikirkannya. tidaklah salah utk membela janggut tetapi janganlah kita mengata orang lain itu kerna tidak membela janggut, sekiranya seseorang itu Allah s.w.t jadikannya tidak boleh membela janggut (tidak tumbuh) adakah salah baginya? adakah dia berdosa kerna tidak membela janggut? maka tidak adillah Allah s.w.t kerna tidak mengizinkannya utk mendapatkn pahala.

Jubah adalah baju rasmi di negara arab, tidak kira islam mahupun yg bukan beragama islam, pakaian mereka adalah jubah, seperti kita yg berbangsa melayu, baju rasmi kita ialah baju melayu, jelas skali menunjukkan ini adalah budaya bagi masyarakat atau penduduk di bumi arab. kita beranggapan apabila kita memaki jubah kita mendapat pahala kerana mengikut sunah nabi, tetapi apabila difikirkan secara logik mereka yg bukan beragama islam juga memakai jubah, adakah mereka mendapat pahala seperti kita? dosa dan pahala adalah ketentuan Allah s.w.t, terpulang kepadanya utk memberi mahupun tidak, budaya dan sunnah adalah berbeza, bukan seperti yg kita sangkakan, jadi janganlah kita menyamakan sunnah dengan budaya tanpa memikirnya terlebih dahulu, pelbagai lagi contoh yg ketara yg ada dikalangan kita, yang kita ikuti. kita menyangkakan itu sunah tetapi ia sebenarnya adalah budaya.

Sunnah yg sebenar-benar sunnah adalah perkara/ibadah dan adab atau hemah yg nabi Muhammad s.a.w kerjakan/lakukan semasa hayatnya, contohnya solat di sepertiga atau dua pertiga malam, berpuasa pada isnin dan khamis, menyebarkan agama islam atau berdakwah, mewajibkan solat sunat dan mewajibkan segala yg sunat, inilah sunnah yg sebenarnya, bukannya memakai jubah,berjanggut,memakai celak, belbagai lagi. Pada zaman baginda ,beliau mengerjakan solat sunat tahjut pada sepertiga malam hinggalah ke subuh pada setiap hari, kalau diikutkan sesiapa yg kurang tidur kelopak matanya akan menjadi hitam seperti memakai celak, benarkah rasullallah memakai celak?. Ramai diantara kita terkeliru diantara sunnah dan budaya, tidak salah utk memakai jubah, tidak salah utk memakai celak dan tidak salah membela janggut, tetapi sekiranya kita membuat semua ini utk mendapati pujian org ramai atau menunjuk-nunjuk ianya akan menjadi beban kepada kita pada hari pengadilan kerna kita melakukannya utk mendapat nama didunia ini, bukannya kerana Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman didalam surah az-zummar pada ayat 2 yg bermaksud
 
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya". 

kita tanya kembali pada diri kita adakah kita melakukan setiap perkara di atas muka bumi Allah s.w.t ini ikhlas kerananya? atau adakah kita lakukannya kerna utk menjadi buah mulut utk manusia yg lain utk mendapat pujian dgn kebaikan yg kita lakukan? Allah s.w.t itu maha mengetahui segala dilangit dan dibumi, malah dia lebih mengetahuia apa yg tersimpan didalam hati kita.

Jadi sebelom kita melakukan sesuatu itu haruslah kita berfikir dahulu, supaya kita tidak terkeliru apakah tuntutan sebenar yg ingin disampaikan kepada kita oleh Rasullallah s.a.w, salahnya pada kita kerana tidak meneliti apakah yg sebenarnya yg dimaksudkan di sebalik sunnah itu, kita hanya mendengar dan mengiakan apa yang orang lain sampaikan tanpa kita meneliti terlebih dahulu adakah apa yg disampaikan itu sepertimana yg hendak dimaksudkan oleh Rasullallah s.a.w?

Akhirkata dari saya, marilah kita memperbaiki diri kita supaya kita menjadi hamab yang dikasihi,dirahmati, dan dukurniakan petunjuk dan hidayah supaya kita tidak terkeluar dari landasan yang benar untuk menuju kepada Allah s.w.t. sesungguhnya yg benar itu datang dari Allah s.w.t dan kekurangan itu datang dari saya sendiri.

Assalamualaikum.