Powered By Blogger

Saturday, April 2, 2011

"I love Allah"


Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersyukur saya pada Allah s.w.t atas rahmat,nikmat, petunjuk dan hidayah yg telah diberikan kepada saya hingga ke hari ini. Sesungguhnya Allah s.w.t maha mengasihani pada hamba-hambanya, dan bersyukurnya saya kepadanya kerana masih lagi bernyawa dan dapat saya berkongsi sedikit kefahaman didalam agama islam bersama-sama anda semua yg sudi membaca.

Tajuk yg saya ingin saya kongsikan pada hari ini dalah “I love Allah”. Kebelakangan ini saya banyak terlihat di belakang kereta di bahagian cermin dgn slogan “I love Allah”. Persoalan saya adalah benarkan kita mencintai Allah s.w.t? adakah ianya sekadar kata yg hanya membasahi bibir kita? Atau adakah hanya utk di pratontonkn kepada org lain bahwa kita mencintai Allah atau untuk membuktikan kita beragama islam dgn menampal slogan “I love Allah” di belakang kereta?

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya perkataan yg akan anda baca sebentar lagi akan menyakiti hati anda. Apakah yg dimaksudkn cinta kepada Allah s.w.t? di dalam kefahaman saya, cinta adalah sesuatu yg tidak dapat digambarkn melalui kata-kata, cinta adalah sesuatu yg ditunjuk (love is not what u say, it’s something u show that u are in love) lihat lah pada diri kita sendiri adakah kita benar-benar mencintai Allah s.w.t? dgn berkata “I love u Allah”, dgn berkata sedemikian ia tidak bermakna kita mencintainya.

Mencintai Allah s.w.t adalah dgn berpegang teguh pada suruhannya, menjadi hamba yg taat  dgn segala yg disuruh dan meninggalkn segala larangannya. Contohnya semasa kita bercinta dgn seorang hamba Allah kita sanggup melakukan apa sahaja utk tidak menyakiti hatinya, dan sentiasa mengingatinya pada setiap masa. Adakah kita sentiasa mengingati Allah s.w.t? adakah kita sanggup melakukan apa sahaja utk tidak menderhaka kepadanya? Adakah kita patuh dan taat dgn suruhannya? Atau adakah cinta kita hanya sekadar kata-kata?

Jangan lah kita menjadi dikalangan orang yg berpura-pura (munafik) sesungguhnya mereka adalah dikalangan orang-orang yg rugi. Sekiranya kita benar-benar mencintai Allah s.w.t seperti mana Nabi Muhammad s.a.w mengasihi Allah s.w.t Alhamdulillah, tetapi sekiranya hanya sekadar kata-kata yg membasahi bibir atau untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain, marilah kita bersama-sama kembali kejalan yg benar. Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha mengatahui segalanya, samaada di langit mahupun dibumi, dia maha mengetahui segala yg ada di dalam hati kita,   

Mengatakan sesuatu yg tidak kita fahami dgn maksud yg sebenarnya akan mengundang padah pada diri kita sendiri akhirnya, biarlah kita sekadar berdiam diri dgn tidak mengatakan sesuatu dikhalayak ramai agar kita tidak tergolong dikalangan orang yg berpura-pura (munafik).

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-zukhruf ayat 20 yg berbunyi & bermaksud

                  ٢٠) أَمۡ ءَاتَيۡنَـٰهُمۡ ڪِتَـٰبً۬ا مِّن قَبۡلِهِۦ فَهُم بِهِۦ مُسۡتَمۡسِكُونَ)  

 [20] Dan mereka berkata: "Kalaulah Allah Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak menyembah malaikat itu". (Sebenarnya) mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun mengenai kata-kata mereka (yang demikian), mereka hanyalah orang-orang yang berdusta!

Akhir kata dari saya, marilah kita menuju kejalan yg diredhai Allah dan marilah kita kembali berpandukan Al-quran dan Sunah supaya kita tidak terpesong dari jalan yg benar, insyaallah. Segala yg baik dtg dari Allah s.w.t dan kekurangan itu dari diri saya sendiri.
Assalamualaikum

Friday, February 18, 2011

Sunnah dan Budaya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Bersyukur saya kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan nikmat yg telah dilampahkan kepada kita sehingga kehari ini, dan bersyukurnya saya kepada Allah s.w.t kita masih lagi dapat menghirup udara dan bernyawa sehinggalah kehari ini, susungguhnya atas izinn,petunjuk dan hidayahnya dapat saya menulis sedikit kefahaman saya dalam agama islam supaya dapat kita berkongsi bersama-sama agar kita lebih memahami & menghayati agama yg dituntut oleh Allah s.w.t kepada hambanya, mudah-mudahan Allah s.w.t memberkati ilmu yang dikongsi bersama ini, Insyaallah.

Tajuk pada kali ini ialah "Perbezaan diantara Sunah dan Budaya". seperti kita tahu sunah adalah apa yg dilakukan oleh nabi kita Nabi Muhammad s.a.w semasa hayatnya dimuka bumi ini, tetapi ramai diantara kita yang tersalah anggap atau menyamakan sunnah dan budaya. Sunnah adalah perkara atau ibadah yg dilakukan oleh Baginda, samaada zahir mahupun batin setiap perkara atau ibadah adalah sunnah, Rasullallah berpesan kepada umatnya pada khutbah terakhirnya di padang arafah semasa mengerjakan haji bahwa "berpandulah dengan al-quran dan sunnah ku, nescaya kamu akan berada dilandasan yg benar menuju Allah s.w.t." 

Pada zaman ini kita beranggapan sunnah nabi itu ialah berjanggut, memakai jubah, memakai celak dan berbagai lagi. pada zaman baginda janggut adalah utk membezakan umat islam dengan orang-orang kafir dan munafiq, baginda menyuruh umat-umatnya memotong misai dan membiarkn janggut, dengan melakukan ini mereka dapat membezakan diantara satu sama lain dan ianya hanyalah untuk ketika itu, tetapi sedihnya pada zaman ini ada yg beranggapan bahwa membela janggut adalah 1 sunnah yg dituntut dalam agama islam bagi golongan lelaki, Allah s.w.t mengurniakan kita akal fikiran supaya kita berfikir, dan janganlah kita mensia-siakan akal yg dikurniakan kepada kita dengan tidak memikirkannya. tidaklah salah utk membela janggut tetapi janganlah kita mengata orang lain itu kerna tidak membela janggut, sekiranya seseorang itu Allah s.w.t jadikannya tidak boleh membela janggut (tidak tumbuh) adakah salah baginya? adakah dia berdosa kerna tidak membela janggut? maka tidak adillah Allah s.w.t kerna tidak mengizinkannya utk mendapatkn pahala.

Jubah adalah baju rasmi di negara arab, tidak kira islam mahupun yg bukan beragama islam, pakaian mereka adalah jubah, seperti kita yg berbangsa melayu, baju rasmi kita ialah baju melayu, jelas skali menunjukkan ini adalah budaya bagi masyarakat atau penduduk di bumi arab. kita beranggapan apabila kita memaki jubah kita mendapat pahala kerana mengikut sunah nabi, tetapi apabila difikirkan secara logik mereka yg bukan beragama islam juga memakai jubah, adakah mereka mendapat pahala seperti kita? dosa dan pahala adalah ketentuan Allah s.w.t, terpulang kepadanya utk memberi mahupun tidak, budaya dan sunnah adalah berbeza, bukan seperti yg kita sangkakan, jadi janganlah kita menyamakan sunnah dengan budaya tanpa memikirnya terlebih dahulu, pelbagai lagi contoh yg ketara yg ada dikalangan kita, yang kita ikuti. kita menyangkakan itu sunah tetapi ia sebenarnya adalah budaya.

Sunnah yg sebenar-benar sunnah adalah perkara/ibadah dan adab atau hemah yg nabi Muhammad s.a.w kerjakan/lakukan semasa hayatnya, contohnya solat di sepertiga atau dua pertiga malam, berpuasa pada isnin dan khamis, menyebarkan agama islam atau berdakwah, mewajibkan solat sunat dan mewajibkan segala yg sunat, inilah sunnah yg sebenarnya, bukannya memakai jubah,berjanggut,memakai celak, belbagai lagi. Pada zaman baginda ,beliau mengerjakan solat sunat tahjut pada sepertiga malam hinggalah ke subuh pada setiap hari, kalau diikutkan sesiapa yg kurang tidur kelopak matanya akan menjadi hitam seperti memakai celak, benarkah rasullallah memakai celak?. Ramai diantara kita terkeliru diantara sunnah dan budaya, tidak salah utk memakai jubah, tidak salah utk memakai celak dan tidak salah membela janggut, tetapi sekiranya kita membuat semua ini utk mendapati pujian org ramai atau menunjuk-nunjuk ianya akan menjadi beban kepada kita pada hari pengadilan kerna kita melakukannya utk mendapat nama didunia ini, bukannya kerana Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman didalam surah az-zummar pada ayat 2 yg bermaksud
 
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya". 

kita tanya kembali pada diri kita adakah kita melakukan setiap perkara di atas muka bumi Allah s.w.t ini ikhlas kerananya? atau adakah kita lakukannya kerna utk menjadi buah mulut utk manusia yg lain utk mendapat pujian dgn kebaikan yg kita lakukan? Allah s.w.t itu maha mengetahui segala dilangit dan dibumi, malah dia lebih mengetahuia apa yg tersimpan didalam hati kita.

Jadi sebelom kita melakukan sesuatu itu haruslah kita berfikir dahulu, supaya kita tidak terkeliru apakah tuntutan sebenar yg ingin disampaikan kepada kita oleh Rasullallah s.a.w, salahnya pada kita kerana tidak meneliti apakah yg sebenarnya yg dimaksudkan di sebalik sunnah itu, kita hanya mendengar dan mengiakan apa yang orang lain sampaikan tanpa kita meneliti terlebih dahulu adakah apa yg disampaikan itu sepertimana yg hendak dimaksudkan oleh Rasullallah s.a.w?

Akhirkata dari saya, marilah kita memperbaiki diri kita supaya kita menjadi hamab yang dikasihi,dirahmati, dan dukurniakan petunjuk dan hidayah supaya kita tidak terkeluar dari landasan yang benar untuk menuju kepada Allah s.w.t. sesungguhnya yg benar itu datang dari Allah s.w.t dan kekurangan itu datang dari saya sendiri.

Assalamualaikum. 

Thursday, November 25, 2010

syaitan jin dan iblis


Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah bertemu lagi kita dihalaman ini, sesungguhnya Allah s.w.t itu tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang, atas limpah rahmat dan izinnya kita dapat berkongsi sedikit ilmu pengetahuan dlm agama kita, sedikit sebanyak dapat kita manghampirkan diri kita kepada Allah s.w.t insyaallah, pada kali ini saya ingin menghuraikan tentang kejadian syaitan,jin dan iblis. Seperti yg kita tahu syaitan adalah musuh kita yg nyata, didalam al-quran juga ada menyebut berkenaan syaitan jin dan iblis.

     Iblis: pada mulanya iblis adalah daripada golongan malaikat yg sangat patuh atas perintah Allah s.w.t sehinggalah Allah s.w.t menjadikan manusia (Nabi Adam) dan menyuruh para malaikat tunduk padanya, dan segala malaikat tunduk akur atas perintah Allah s.w.t kecuali iblis, dahulunya iblis adalah ketua kepada malaikat dan disebabkan keangkuhannya dia enggan tunduk pada Nabi Adam kerana baginya kejadiannya (dari api) adalah lebih mulia dari kejadian Nabi Adam (tanah). Kerana keangkuhannya itu Allah s.w.t melaknat iblis, setelah itu iblis menghasut Nabi Adam utk memakan buah larangan di dlm syurga, maka Allah s.w.t mencampakkn mereka kedunia (bumi) untuk menjadi musuh di antara mereka.

     Kemudian iblis meminta keizinan kepada Allah s.w.t untuk menyesatkan anak cucu adam sehingga ke hari kiamat, dan Allah s.w.t mengizinkan iblis utk menyesatkan anak cucu adam dan Allah s.w.t berfirman ''sesatkanlah seberapa ramai yg engkau boleh sesatkan kecuali hamba-hamba ku yg beriman kepadaku'' maka ramailah yg telah disesatkan oleh iblis kerana dia telah dilaknat oleh Allah s.w.t. hinggalah kehari ini.
 
     Jin: jin dijadikan dari lidah api yg diberi kebebasan utk memilih seperti kita, samaada utk beriman kepada Allah s.w.t ataupun sebaliknya yakni kufur dan ingkar keatas perintah Allah s.w.t, firman Allah s.w.t ''tidak ku jadikan jin dan manusia utk beribadah kepada ku'' tetapi ramai di antara kita telah menjadikan jin sebagai teman dan menjadikan mereka sebagai sandaran/pelindung kepada diri mereka semasa didalam kesusahan, walhal sudah terang-terang Allah s.w.t menyatakan di dlm al-quran bahwa dialah pelindung bagi org yg benar-benar beriman kepadanya. mungkin ada diantara kita berfikiran kita boleh berdamping dgn jin seperti mana Nabi Allah Sulaiman pada satu ketika dahulu, pada masa itu Allah s.w.t telah menganugrahkan kepada Nabi Sulaiman ilmu utk berurusan bengan jin utk menegakkan agama islam agama Allah, bukan menjadikan jin sebagai sandaran utk memperoleh sesuatu, didalam al-quran ada menyatakan kisah nabi sulaiman dan istana balqis.
      
      Nabi Sulaiman  bertanya kepada pengikut-pengikutnya, "siapakah yg boleh membawakan istana balqis kepada ku?" lalu ketua di kalangan jin yg bernama IFRIT berkata "aku boleh membawa istana balqis kepada kau sebelum engkau bangun dari duduk" kemudian nabi sulaiman bertanya kembali "tiada siapa yg lain selain ifrit yg boleh membawa istana balqis kepada ku?" kemudian seorang hamba Allah yg mempunyai ilmu dari agama Allah berkata " aku!, aku boleh membawa istana balqis kepada engkau sebelum tutup dan buka mata (sekelip mata)". jelas disini Allah ingin menunjukkan kepada manusia bahwa ilmu yg datang dari Allah adalah lebih hebat dari ilmu-ilmu yg lain.
 
       Syaitan: syaitan terbahagi kepada 2 golongan yg pertama dari golongan jin, syaitan dari golongan jin ialah daripada golongan yg direjam dengan tahi bintang oleh Allah s.w.t kerana mencuri dengar perbualan/ilmu dikalangan penghuni di langit, selepas ia jatuh semula ke kebumi maka jadilah mereka syaitan atau gelaran dinegara kita "HANTU", ada juga dikalangan jin yg bersekutu dgn iblis(yg ingkar & kufur atas perintah Allah) dan menjadi tuan kepada manusia, setelah mereka mati mereka menjadi boneka kepada iblis utk menyesatkan manusia, golongan yg kedua pula adalah dikalangan manusia, mereka adalah manusia yg bersekutu dgn iblis atau jin semasa hayat mereka di atas dunia, dan mereka berjanji taat setia kepada iblis dan jin semata mata untuk mendapat kemewahan atau kesenangan didunia, setelah mereka meninggal dunia Allah melaknat ruhnya dan menjadilah mereka syaitan yg dipengaruh/dikawal oleh iblis utk memporak perandakan dan menyesatkan anak cucu Adam. contoh dari golongan manusia yg bersekutu dengan iblis atau jin di negara kita: membela saka, tangkal, cincin yg mempunyai azimat, keris pusaka yg bertuankan syaitan,jin atau iblis, susuk dan bermacam macam lagi yg dijadikan barang pemujaan.
 
     Pada mulanya saya sangat benci kepada syaitan dan iblis, kerana mereka menyesatkan anak cucu adam. Tetapi lama kelamaan saya mula berfikir dan mengkaji, firman Allah s.w.t ''tidak bergerak sesuatu zarah tanpa keizinanku'' dan Allah s.w.t mengizinkan iblis utk menyesatkan anak cucu Adam hingga ke hari kiamat, dan Allah s,w.t juga berfirman ''setiap kejadian tiada sia-sia'' dan Allah s.w.t itu maha mengetahui segalanya.

     Disini saya dapat menyimpulkan/kesimpulan syaitan jin dan iblis adalah ujian kepada manusia bagi memantapkan keimanan kita kepada Allah s.w.t, tanpa ujian kualiti keimanan seseorang itu tidak akan terserlah, dan tanpa ujian manusia tidak akan beriman dgn sebenar-benar iman kepada Allah s.w.t, sebelum Allah s.w.t menjadikan manusia (Nabi Adam) Allah s.w.t sudah tahu bahwa iblis tidak akan tunduk pada Nabi Adam, dan Nabi Adam juga akan melanggar perintahnya (memakan buah larangan) disini kita dapat melihat bahwa Allah s.w.t itu maha bijaksana lagi bijak mengatur dan mentakbir alam semesta dan dia lebih mengetahui apa yg dia lakukan, dan kejadian iblis bukanlah sia-sia, syaitan jin dan iblis dijadikan utk menguji kemantapan keimanan seseorang itu, contoh: semasa kita di zaman persekolahan kita akan diuji dgn ilmu-ilmu yg kita telah kita pelajari, begitu jugalah kita dimata allah s.w.t semasa kita hidup, kita akan sentiasa di uji utk meningkatkan keimanan dan ketqwaan kita kepadanya dan kita sama skali tidak boleh menyalahkan syaitan dan iblis kerana mereka telah mendapat keizinan dari Allah s.w.t utk menyesatkan manusia, dan sekiranya kita menyalahkan mereka ianya sama seperti kita menyalahkn Allah s.w.t sndiri.
 
     Akhir kata dari saya, janganlah kita menyalahkan mereka kerana kesesatan kita, sebaliknya kita harus melihat kembali kepada diri kita sendiri sekiranya kita berada di dalam kesesatan, Allah s.w.t teleh menurunkan al-quran dan rasul kepada kita sebagai panduan, marila kita kembali kejalan yg benar dan berpegang kepada al-quran dan sunah rasul dan nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kebenaran itu dtg dari Allah s.w.t sendiri dan yg kurang itu dtg dari saya sendiri.

Assalamualaikum 

YaAllah yarabbilalamin, tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang, maha pengampun lagi maha mengasihani, yaAllah yarabbil alamin, ampunkanlah hamba mu ini yaAllah, ampunkanlah segala dosa yg hamba mu ini telah lakukan sejak hamba mu ini hidup di dunia mu ini hingga lah kesaat ini yaAllah, sesungguhnya hambamu ini berada didalam kegelapan, kau berikanlah cahaya kebenaran kepada hamba mu ini utk dapat hamba mu ini keluar dari kegelapan, berikanlah hambamu ini pertunjuk dan hidayah supaya dapat hamba mu ini kembali kepadamu yaAllah, dan berikanlah bimbingan kepada hambamu ini, sesungguhnya hambamu ini memerlukan bimbingan mu yaAllah, yaAllah yarabbilalamin berikanlah kami bimbingan sepertimana engkau telah membimbing hamba-hamba mu yg telah beriman kepadamu yg terdahulu dari kami yaAllah dan terangkanlah hati kami supaya kami dapat beriman kepadamu dgn sebenar-benar iman yaAllah, sesungguhnya hamba mu ini tidak tahu yaAllah. yaAllah yarabbil alamin, kepada kau sajalah hamba mu ini bermohon meminta pertolongan, perlindungan, keampunan, petunjuk hidayah serta bimbingan, dan kepada kau sajalah hamba mu ini berserah dan bertawakal, dan sesungguhnya engkaulah tuhan semesta alam, maka perkenankanlah doa hamba mu ini yaAllah.

Thursday, October 14, 2010

Beriman kah kita?


Assalamualaikum.



Seperti biasa pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana atas limpah rahmat dan nikmat yg telah dikurniakan kepada kita sehinggalah kehari ini, dan syukurnya saya kepada Allah s.w.t kerana masih lagi deiberi kesempatan hingga ke hari ini dapat lagi saya bernafas dan beribadah kepadanya, sesungguhnya segala puji hanyalah utknya.



Topic yg saya ingin kongsikan pada hari ini adalah “adakah adanya iman dlm diri kita sekiranya kita seorang muslim?”



Iman: pengertian = percaya @ yakin 



Dalam topik ini saya akan cuba menghuraikan maksud disebalik iman. Iman terbahagi kepada 6 rukun

1)percaya kepada Allah.

2)percaya kepada malaikat

3)percaya kepada Rasul

4)percaya kepada kitab

5)percaya pada hari kiamat

6)percaya pada qadak dan qadar



Ramai diantara kita percaya bahwa apabila kita memeluk agama islam secara automatik kita beriman kepada Allah s.w.t, tetapi adakah persangkaan kita itu benar? Dan sekiranya persangkaan kita itu salah bagai mana pula?



Kita kembali pada al-quran utk mencari kebenaran, sesungguhnya al-quran itu adalah kebenaran dan ianya diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w utk disampaikan kepada umatnya dan kepada sekelian manusia bahwa Allah s.w.t adalah tuhan sekelian alam.



Setelah diteliti dan setelah beberapa kali saya membaca tafsiran al-quran saya mendapati bahwa al-quran (Allah s.w.t) sndiri menekankan perkataan ''wahai org-org yg beriman'' dan jarang sekali terdengar ''wahai org-org islam @ mukmin''



Dan tidak sekali ia menyatakan sekiranya seseorang itu islam ianya beriman kepada Allah s.w.t. Disini tanggapan saya meleset sama sekali terhadap beriman kah kita apabila kita seseorang yg beragama islam. Jadi apakah yg dimaksudkan dgn beriman? Dan soalan yg akan timbul lagi adalah ''aku sudah mengucap dua kalimah syahadah takkan aku tidak beriman?''



Disini saya akan memberi persamaan dan perbezaan, yg pertama ''apabila kita mengajar burung kakak tua bercakap, dan mengajarnya menyebut dua kalimah syahadah, adakah bermakna dia islam dan beriman??'' adakah kita sama seperti burung kakak tua? Semestinya tidak, manusia adalah sebaik-baik kejadian yg  diciptakan oleh Allah s.w.t. dan tidak boleh sama sekali kita menyamakan seseorang itu dgn haiwan. Persoalannya sekarang adalah, apakah perbezaan kita dengan haiwan?.



 Allah s.w.t memberikan kita akal fikiran untuk kita memilih mana yg baik dan yang buruk, tetapi tidak pada haiwan, dan Allah s.w.t juga meletakkan rahsianya didalam diri kita (manusia) supaya kita mencari apakahdia rahsia itu. Firman Allah s.w.t “didalam kamu adanya rahsia aku, dan didalam aku adanya rahsia kamu” rahsia itu adalah iman. Bagaimana pula kita hendak membongkar rahsia itu? Jawapannya terdapat didalam al-quran, dan itulah sebabnya kita digalakkan membaca dan memahami isi kandungan al-quran, bukannya utk mendapatkan ganjaran pahala, tetapi mencari jawapan atau rahsia yg Allah s.w.t sembunyikan daripada kita.



Mungkin ayat saya disini agak kasar kerana member perbandingan manusia dengan haiwan. tetapi kita haruslah mengambil sesuatu itu dgn fikiran yg terbuka, dan apa yg saya hendak sampaikan ialah janganlah kita menyerupai seperti haiwan yg hanya berkata pada mulut tetapi tidak di hati. Allah s.w.t. menerangkan kepada hamba-hambanya yg beriman didalam al-quran pada ayat-ayat yg bermula dgn ''wahai org-org yg beriman @ ya aiyuhallazi naamanu''. Sekiranya kalian membaca al-quran ataupun tafsirnya ambilah sedikit masa utk menghayati pada ayat-ayat yg bermula dengan perkataan itu, dan lihat pada diri kita sendiri adakah terdapatnya persamaan yg tertulis didalam al-quran itu pada diri kita?



Apabila kita dapat mengikut segala perintahnya yg ada didalam al-quran itu barulah kita boleh menyatakan bahwa kita sudah beriman dgn sebenar-benar iman kepada Allah s.w.t. mari kita ambil 1 contoh yg terdapat di dalam al-quran berkenaan org yg beriman, solat di sepertiga malam, ramai yg mengatakan solat itu hanyalah utk para-para nabi dan rasul, tetapi didalam al-quran tidak pula ia menyebut ''wahai Muhammad'' sebaliknya ''wahai org-org yg beriman''. Dan anggaplah solat pada sepertiga malam itu solat wajib, kerana tidak pula dinyatakan didalam al-quran solat pada sepertiga mlm itu adalah sunat.



Bagi pandangan saya tidak ada istilah beriman sedikit-sedikit atau separuh beriman dgn Allah s.w.t, hanya kita yg mengeluarkan istilah itu sndiri, dengan Allah s.w.t tiada separuh ataupun sedikit, kita haruslah beriman dgn sepenuhnya kepadanya barulah iman kita terhadapnya sempurna.



Rukun iman itu adalah sebagai panduan kepada kita utk beriman kepadanya dan haruslah kita mengikut dan mempercayai kesemuanya, sekiranya kurang 1 daripadanya maka penuhkanlah ke enam-enam rukun tersebut mudah-mudahan kita akan tergolong dikalangan hambanya yg beriman. Disini saya juga ingin menyarankan sekiranya anda mempunyai kelapangan cubalah kalian mencari buku yg bertajuk "mengenal diri dan wali Allah", buku ini bnyak membantu saya memahami dgn lebih lagi tentang agama islam ini. 



Akhir kata, segala yg baik itu datang darinya dan kekurangan itu dari saya sendiri, dan janganlah kita mudah berputus asa utk menuju kepadanya, sesungguhnya dia maha mengetahui segalanya, dan sekiranya saya salah silalah berkongsi pendapat kalian bersama saya dan perbetulkan kesalahan saya. Mudah-mudahan ianya dapat membantu kita mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t. Insyaallah.

Thursday, September 30, 2010

Islamkah kita?

Assalamualaikum..

 Segala puji dan syukur ke hadarat Allah, Tuhan sekelian alam. Dengan nikmat dan rahmatnya bertemu kita kembali dengan bulan Syawal selepas sebulan kita berpuasa. Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui dan kepadanyalah kita meminta semoga kita dapat bertemu kembali Ramadhan pada tahun hadapan.

 Pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia sedang meraikan kemenangan dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan menahan nafsu di bulan Ramadhan. Terdapat 2 golongan yang menyambut kemenangan,

  Pertama - kemenangan ke atas orang beriman yang berjaya melakukan ibadah puasa serta amal ibadah yang ikhlas kerana Allah Taala

  Kedua - kemenangan ke atas Iblis & syaitan kerana berjaya mempengaruhi umat islam untuk melakukan maksiat dan melakukan ibadah kerana mengharapkan balasan, menjadikan hari Raya Aidilfitri hari untuk bermegah-megah dan riak antara satu sama lain.

  Semoga kita berada dalam golongan yang pertama, Amin.

  Berbalik kepada tajuk atau persoalan kita, Islamkah kita? Apa itu Islam? Islam adalah Percaya bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan percaya bahawa Nabi Muhammad itu Rasul dan Pesuruh Allah.

  Rasulallah & Al-Quran telah diturunkan Allah ke bumi ini sebagai Petunjuk dan hidayah kepada kita semua umat Muhammad. Hari ini, tatkala bumi sudah ke penghujung masa adakah kita memegang dan menghayati ajaran Rasulallah dan Al-Quran sebagaimana ianya telah diturunkan oleh Allah. Adakah Islam kita terletak hanya pada nama? Islam kerana keturunan? Cuba lihat disekeliling kita? Dimanakah Sifat-sifat mulia yang kita amalkan sewaktu bulan Ramadhan? Adakah amalan kita cuma sebulan pada setiap tahun?

  Pada hari ini, ramai yang menjadikan Islam itu sebagai Agama budaya & mengikut kesusaian individu tersebut. Adakah kita cuma melakukan kewajipan kita seperti bersembahyang apabila mempunyai masa terluang? Bersembahyang jemaah dan mengunjungi masjid tatkala bulan Ramadhan? Berbudi bahasa hanya sewaktu tetamu berkunjung ke rumah di bulan Syawal?

  Cuba kita renungkan diri kita sendiri, adakah amalan-amalan tersebut kita lakukan secara bermusim atau setiap masa? Islam itu adalah Ad Deen atau cara hidup. Rasullah diturunkan sebagai pembawa dan penyebar Agama Islam melalui Al-Quran dah Sunnah. Baginda telah berpesan pada khutbah beliau yang terakhir supaya berpegang kepada Al_Quran dan Sunnah dan kita tak akan sesat.

  Marilah kita renungkan bersama, Islamkah kita mengikut apa yang dikendaki oleh Allah & di ajar oleh Rasul kita ATAU Islamkah kita hanya sekadar nama?


 
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Ya Allah Ya Rabbil Alamin, kami berserah kepada Mu, & agamu ya allah. Terimalah Kami sebagai hamba mu yang beriman. Peliharalah iman kami, tetapkan Hati kami dan janganlah kau pesongkan hati kami setelah kau memberi kami petunjuk dan Hidayah. Amin

Friday, September 3, 2010

mencari malam lailatul qada

Assalamualaikum.

      Alhamdulillah seperti biasa saya ingin mengucapkn kesyukurnya saya kepada Allah s.w.t. dgn limpah rahmatnya dan izinnya saya dapat menyampaikan  sedikit kefahaman atau ilmu yg ada pada saya dlm bentuk penulisan kepada anda semua yg membacanya, sesungguhnya dialah (Allah s.w.t)  yg memberi ilmu kepada kita, mudah-mudahan Allah s.w.t memberkata kita dgn ilmu pengetahuan yg telah dikurniakan ini. insyaallah.

      seperti yg saya nyatakan sebelum ini, amal ibadah kita haruslah ikhlas kerana dan semata-mata Allah s.w.t dan bukanlah pada ganjaran yg diberikan kepada kita, begitu jugalah dgn malam lailatul qada. malam lailatul qada adalah malam yang seumpama malam seribu bulan, Allah s.w.t menurunkan malaikat jibril dan segala malaikat yg menjaga langit kemuka bumi utk memberi rahmat kepada mereka yang mengabdikan dirinya kerana Allah s.w.t dan mengangkat doa mereka terus kepada Allah s.w.t tanpa ditapis di setiap langit. 

      ramai yg mengatakan malam lailatul qada ini ada pada 10 mlm terakhir, tetapi bagi pendapat saya pula malam lailatul qada ini ada pada setiap malam di bulan ramadhan, disebabkn Rasullallah mengatakan ianya terdapat pada 10 mlm terakhir kerana beliau tidak mahu umat-umatnya terlepas dari mendapat rahmat Allah s.w.t yg berlipat kali ganda (bagi yang tidak memperolehnya lagi) oleh itu beliau menyuruh umatnya utk menggandakan usaha mereka utk mengabdikan diri pada Allah s.w.t.

     sesungguhnya Allah s.w.t itu bukanlah buta, dia maha mengetahui segala yg ada di langit dan di bumi, dan dia lebih mengetahui segala yg ada didalam hati kita. kita terlalu mengharapkn ganjaran yg akan diberikan kepada kita tanpa kita sedar adakah segala amal ibadah yg kita kerjakan sama seperti yg Allah s.w.t mahukan? dan adakah amal ibadah kita diterima olehnya? amal ibadah yg kita lakukan bukan kerana Allah s.w.t adalah batal ianya sama seperti kita melakukan ibadah tawaf semasa mengerjakan umrah. 

      semasa melakukan ibadah tawaf bahu kiri kita haruslah sentiasa mengadap baitullah, sekiranya terpesong dari mengadap baitullah ianya batal, simboliknya di sini kenapa bahu kiri kita harus mengadap baitullah kerana hati kita terletak di sebelah kiri, dan baitullah itu umpama Allah s.w.t,(sentisa mengadap Allah) sekiranya kita berpaling darinya maka batallah ibadah tawaf kita itu, samalah sekiranya kita melakukan ibadah pada mlm hari di bulan ramadhan ini, 

      sekiranya ibadah kita utk mencari atau utk mendapatkan lailatul qada, maka terbatal lah amal ibadah kita pada mlm itu, kerana hati kita sudah berpaling atau terpesong daripadanya kerana kita mencari ganjaran yg diberikan bukan kerana keikhlas kita beribadah kepadanya. "Bukan pemberian dijadikan tujuan tetapi pemberi yg menjadi tujuan" sesungguhnya Allah s.w.t itu maha pengasih lagi maha penyayang dan segala ketentuan adalah padanya, kepada siapa yg hendak diberikan adalah ketentuannya dan tiada siapa yg dapat mengubahnya, sesungguhnya dia lebih mengetahuia apa yg kita tidak ketahui.

akhir kata marilah kita memperbetulkn niat kita supaya hati kita tidak terpesong daripadanya, mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dan nikmat daripadanya. segala yg baik dtg daripadanya (Allah s.w.t) dan yg kurang itu datang dari saya. 

"ya Allah yarabbil alamin, hamba mu ini memohon kepadamu janganlah kau pesongkn hati ku ini daripada mu, sebaliknya kau tunjukkan lah hamba mu ini kejalan yg benar yg engkau redhai, dan janganlah kau berpaling daripadaku sekiranya hamba mu ini lalai dan leka dari mengingati mu, ya Allah yarabbil alamin kau tetapknlah hati ku ini utk sentisa mengadap kepadamu dan jgnlah kau palingkn hati ku ini daripadamu setelah kau berikan petunjuk dan hidayahmu kepadaku, sesungguhnya hamba mu ini masih memerlukan bimbingan dan rahmat mu utk terus hampir kepadamu yaAllah, sesungguhnya engkaulah tuhan semesta alam yg maha pengasih lagi maha mengasihani lagi maha penyayang" amin..

Assalamualaikum.. 

    

Thursday, August 5, 2010

Ikhlas dalam Ibadah & Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..
  
   Syukur dengan izin Allah Ya rabbilAl'lamin, dapat kita berkongsi bersama sedikit ilmu supaya kita dapat menghayatinya bersama.

   Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan di mana Al-Quran telah diturunkan. Allah s.w.t telah menjanji fadhilat yang tidak terhingga untuk setiap ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan, sesungguhnya Allah  s.w.t tidak akan memungkiri janji.

   Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai info dan maklumat tentang keberkatan bulan Ramadhan. Kita diajak untuk memperingkatkan amal dan ibadah sempena bulan yang penuh keberkatan ini. Sebagai contoh ;
       Risalah diedarkan di setiap surau dan masjid tentang fadhilat merjakan sembahyang sunat Tarawih. janji Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang ke atas hambanya yang melakukan ibadah solat terawih.

  Walaubagaimanapun, persoalan yang timbul " adakah kita mengerjakan solat terawih itu kerana pahala yang telah dijanjikan?" Sekiranya ianya, bukankan itu sama dengan membuat sesuatu dan mengharapkan balasan di atas perbuatan kita itu? Adakah kita tidak akan melakukan solat terawikh itu sekiranya tiada balasan yang dijanjikan Allah s.w.t.?

   Marilah kita sama-sama renungkan. Dimanakah letaknya KEIKHLASAN di dalam ibadah kita itu? Bukankah ibadah itu haruslah ikhlas - melakukan ibadah dengan mengharapkan keredhaanNya? Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap amalan dan perbuatan kita akan dinilai walaupun sebesar zarah dan Allah itu tidak akan mungkir janji. Maka marilah kita sama-sama memperbetulkan niat kita untuk setiap amal dan ibadah yang kita lakukan. Sesungguhnya, setiap ibadah itu haruslah " kerana Allah Taala". Kerana dengan niat yang betul, keikhlasan itu dapat meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita terhadap Allah s.w.t

   Ibadah itu tidak seharusnya terhenti atau semakin berkurangan apabila habisnya bulan Ramadhan. Ianya haruslah kta lakukan setiap waktu. Segalanya terletak di atas niat kita sebelum melakukan sesuatu perkara. Pernahkah kita dengar, bekerja itu adalah satu ibadah? Belajar juga adalah ibadah? Ini kerana apabila sesuatu perkara yang kita lakukan dimulai dengan niat " kerana Allah Taala" ianya adalah merupakan satu ibadah. Marilah sama-sama kita memohon supaya Allah s.w.t menerima ibadah kita dengan niat yang ikhlas, hanya Allah s.w.t jualah yang maha mengetahui dan layak memberi kita fadhilat di atas setiap ibadah yang kita lakukan. Wallahualam..

   Ya Allah Ya Rabbila'lamin, sesungguhnya kami hambamu yang tak tahu, tak pandai dan sentiasa melakukan dosa dan kesalahan. Ampunilah kami, sesungguhnya engkaulah yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Berilah hidayah dan petunjukmu ke atas kami. Bimbinglah kami ke jalan yang benar dan jalan yang engkau redha. Jadikanlah kami hambamu yang beriman.