Powered By Blogger

Thursday, October 14, 2010

Beriman kah kita?


Assalamualaikum.



Seperti biasa pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana atas limpah rahmat dan nikmat yg telah dikurniakan kepada kita sehinggalah kehari ini, dan syukurnya saya kepada Allah s.w.t kerana masih lagi deiberi kesempatan hingga ke hari ini dapat lagi saya bernafas dan beribadah kepadanya, sesungguhnya segala puji hanyalah utknya.



Topic yg saya ingin kongsikan pada hari ini adalah “adakah adanya iman dlm diri kita sekiranya kita seorang muslim?”



Iman: pengertian = percaya @ yakin 



Dalam topik ini saya akan cuba menghuraikan maksud disebalik iman. Iman terbahagi kepada 6 rukun

1)percaya kepada Allah.

2)percaya kepada malaikat

3)percaya kepada Rasul

4)percaya kepada kitab

5)percaya pada hari kiamat

6)percaya pada qadak dan qadar



Ramai diantara kita percaya bahwa apabila kita memeluk agama islam secara automatik kita beriman kepada Allah s.w.t, tetapi adakah persangkaan kita itu benar? Dan sekiranya persangkaan kita itu salah bagai mana pula?



Kita kembali pada al-quran utk mencari kebenaran, sesungguhnya al-quran itu adalah kebenaran dan ianya diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w utk disampaikan kepada umatnya dan kepada sekelian manusia bahwa Allah s.w.t adalah tuhan sekelian alam.



Setelah diteliti dan setelah beberapa kali saya membaca tafsiran al-quran saya mendapati bahwa al-quran (Allah s.w.t) sndiri menekankan perkataan ''wahai org-org yg beriman'' dan jarang sekali terdengar ''wahai org-org islam @ mukmin''



Dan tidak sekali ia menyatakan sekiranya seseorang itu islam ianya beriman kepada Allah s.w.t. Disini tanggapan saya meleset sama sekali terhadap beriman kah kita apabila kita seseorang yg beragama islam. Jadi apakah yg dimaksudkan dgn beriman? Dan soalan yg akan timbul lagi adalah ''aku sudah mengucap dua kalimah syahadah takkan aku tidak beriman?''



Disini saya akan memberi persamaan dan perbezaan, yg pertama ''apabila kita mengajar burung kakak tua bercakap, dan mengajarnya menyebut dua kalimah syahadah, adakah bermakna dia islam dan beriman??'' adakah kita sama seperti burung kakak tua? Semestinya tidak, manusia adalah sebaik-baik kejadian yg  diciptakan oleh Allah s.w.t. dan tidak boleh sama sekali kita menyamakan seseorang itu dgn haiwan. Persoalannya sekarang adalah, apakah perbezaan kita dengan haiwan?.



 Allah s.w.t memberikan kita akal fikiran untuk kita memilih mana yg baik dan yang buruk, tetapi tidak pada haiwan, dan Allah s.w.t juga meletakkan rahsianya didalam diri kita (manusia) supaya kita mencari apakahdia rahsia itu. Firman Allah s.w.t “didalam kamu adanya rahsia aku, dan didalam aku adanya rahsia kamu” rahsia itu adalah iman. Bagaimana pula kita hendak membongkar rahsia itu? Jawapannya terdapat didalam al-quran, dan itulah sebabnya kita digalakkan membaca dan memahami isi kandungan al-quran, bukannya utk mendapatkan ganjaran pahala, tetapi mencari jawapan atau rahsia yg Allah s.w.t sembunyikan daripada kita.



Mungkin ayat saya disini agak kasar kerana member perbandingan manusia dengan haiwan. tetapi kita haruslah mengambil sesuatu itu dgn fikiran yg terbuka, dan apa yg saya hendak sampaikan ialah janganlah kita menyerupai seperti haiwan yg hanya berkata pada mulut tetapi tidak di hati. Allah s.w.t. menerangkan kepada hamba-hambanya yg beriman didalam al-quran pada ayat-ayat yg bermula dgn ''wahai org-org yg beriman @ ya aiyuhallazi naamanu''. Sekiranya kalian membaca al-quran ataupun tafsirnya ambilah sedikit masa utk menghayati pada ayat-ayat yg bermula dengan perkataan itu, dan lihat pada diri kita sendiri adakah terdapatnya persamaan yg tertulis didalam al-quran itu pada diri kita?



Apabila kita dapat mengikut segala perintahnya yg ada didalam al-quran itu barulah kita boleh menyatakan bahwa kita sudah beriman dgn sebenar-benar iman kepada Allah s.w.t. mari kita ambil 1 contoh yg terdapat di dalam al-quran berkenaan org yg beriman, solat di sepertiga malam, ramai yg mengatakan solat itu hanyalah utk para-para nabi dan rasul, tetapi didalam al-quran tidak pula ia menyebut ''wahai Muhammad'' sebaliknya ''wahai org-org yg beriman''. Dan anggaplah solat pada sepertiga malam itu solat wajib, kerana tidak pula dinyatakan didalam al-quran solat pada sepertiga mlm itu adalah sunat.



Bagi pandangan saya tidak ada istilah beriman sedikit-sedikit atau separuh beriman dgn Allah s.w.t, hanya kita yg mengeluarkan istilah itu sndiri, dengan Allah s.w.t tiada separuh ataupun sedikit, kita haruslah beriman dgn sepenuhnya kepadanya barulah iman kita terhadapnya sempurna.



Rukun iman itu adalah sebagai panduan kepada kita utk beriman kepadanya dan haruslah kita mengikut dan mempercayai kesemuanya, sekiranya kurang 1 daripadanya maka penuhkanlah ke enam-enam rukun tersebut mudah-mudahan kita akan tergolong dikalangan hambanya yg beriman. Disini saya juga ingin menyarankan sekiranya anda mempunyai kelapangan cubalah kalian mencari buku yg bertajuk "mengenal diri dan wali Allah", buku ini bnyak membantu saya memahami dgn lebih lagi tentang agama islam ini. 



Akhir kata, segala yg baik itu datang darinya dan kekurangan itu dari saya sendiri, dan janganlah kita mudah berputus asa utk menuju kepadanya, sesungguhnya dia maha mengetahui segalanya, dan sekiranya saya salah silalah berkongsi pendapat kalian bersama saya dan perbetulkan kesalahan saya. Mudah-mudahan ianya dapat membantu kita mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t. Insyaallah.