Powered By Blogger

Wednesday, August 4, 2010

berhala di dalam manusia

Assalamualaikum,

         Bersyukurnya saya pada Allah s.w.t atas izinnya saya dapat berkongsi sedikit kefahaman saya pada anda semua, dan syukurnya saya padanya kerana saya masih lagi dapat menghirup udara dan beribadah padanya hinggalah kehari ini. pada zaman jahiliah dulu ramai manusia melakukan syirik secara terang-terangan seperti menyembah berhala, pokok, bulan, bintang dan berbagai lagi, hinggalah datangnya Rasul dan Nabi yg diutuskan oleh Allah s.w.t utk membawa kebenaran pada manusia bahwa Allah s.w.t  adalah tuhan yg esa yang layak disembah. tetapi sesudah Allah s.w.t mengutuskan Nabi dan Rasulnya kepada manusia mereka masih lagi kufur ingkar dari menytembah dan mengesakannya, hanya sebilangan kecil dari mereka sahaja yg beriman pada Allah s.w.t dan ianya berterusan hinggalah kehari ini, kini kita tidak ubah seperti mereka pada zaman jahiliah malah lebih teruk lagi kita menyemah berhala yg diletakkn oleh iblis di dalam badan  manusia dengan mempercayai mereka lebih dari Allah s.w.t sendiri dan mengagung-agungkan mereka lebih dari kita mengagungkan Allah s.w.t. 
     Ramai diantara kita tertipu pada permainan syatan jin dan iblis yang menyesatkn kita tanpa kita sedari, sedikit demi sedikit kita ditipu dan dipesongkn oleh syaitan,jin dan iblis, lama kelamaan kita akan beranggapan bahwa apa yg kita lakukan itu adalah benar bagi kita, walhal ianya salah dan terpesong dari akidah dan ajaran islam yg sebenarnya, pada zaman Rasulallah dahulu, Rasulallah sendiri tidak menyuruh pengikut-pengikutnya "taksub" pada dirinya utk mengelakkan umat-umatnya dari melakukan syirik tanpa mereka sedari, dan Rasulallah juga berpesan pada umatnya "taksub" itu hanya pada Allah s.w.t sahaja kerana beliau takut akan kemurkaan dan azab siksa dari Allah s.w.t.
     Sekarang secara kita tidak sedar, manusia menjadi taksub dengan manusia lain contohnya Public Figure/Politician. Semua perkataan yang diucapkan, perbuatan yang dilakukan menjadi pegangan pengikut-pengikut sehingga mereka lupa atau buat-buat lupa apa itu Hak dan Batil (kebenaran & kekufuran). kita tidak boleh menyalahkn mereka (syaitan, jin, dan iblis) kerana mereka sudah berjanji dan mendapat kebenaran dari ALLAH s.w.t utk menyesatkan manusia sehinggalah ke hari kiamat, 
     "aku telah menunjukkan jalan kebenaran utk menuju kepadaku terpulanglah pada mereka (manusia) utk memilih jalan mana yang mereka kehendaki, sesungguhnya merekalah yang membuat keputusan sama ada utk menyesatkn diri mereka sendiri atau beriman kepadaku, dan akan ku sesatkn mereka ke kesesatan yang nyata sekiranya mereka sendiri memilih kesesatan dan akn ku bimbing mereka yang ingin menuju kepada ku selagi mereka beriman kepada ku
     akhir kata dari saya janganlah kita menyembah @ taksub pada manusia sesungguhnya taksub kepada manusia seperti kita menyembah mereka dan menyekutukan ALLAH s.w.t, sekiranya kita mempunyai masalah janganlah kita mengambil jalan mudah utk terus mempercaya seseorang itu, bermunajadlah pada ALLAH s.w.t dgn melakukan solat sunat hajat @ istikarah utk mendapat petunjuk dan hidayah 
    "wahai orang-orang beriman, bangunlah kamu sepertiga malam utk bermunajad kepadaku dgn bersolat tahjud, nesacaya akan kubukakan rahsiaku kepadamu dan akan kurahmati mereka yang bermunajad pada ku pada tengah malam selagi mereka tidak menyekutukan aku",  
      Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang syirik tanpa kita tidak sedar. sesungguhnya yang benar itu datang dari ALLAH dan kekurangna itu datang dari saya. 

Assalamualaikum.

Ya Allah yarabbilalamin, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha penyayang lagi maha Pengampun, Lindungilah dan peliharalah kami, keluarga kami dan negara kami daripada kesesatan dengan menyekutukan engkau Ya AllahYarabbilalamin. Tiadalah daya kami untuk kembali kepada kebenaran tanpa pertolongan mu Ya Allah Yarabbilalamin, Sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa lagi maha mengasihani dan bimbinglah kami kejalan yang enkau redai Ya Allah Yarabbilalamin. Amin
 

No comments:

Post a Comment