Saturday, July 31, 2010

tersesat di jalan yg terang

Assalamualaikum.
      Bersyukurnya saya pada hari ini kepada ALLAH s.w.t kerana dgn izinnya saya masih dapat menghirup udara sehingga ke hari ini dan dapat saya berkongsi sedikit ilmu yg ada bersama kalian utk dihayati dan difahami bersama-sama.  Ramai di antara kita yg telah tertipu dan ditipu oleh syaitan jin dan iblis pada masa ini tanpa kita sedari, sesungguhnya kita ini hamba yg lemah lagi lalai.  Manusia pada zaman ini lebih mengejarkn kemewahan,kekuasaan, popularity dan ilmu yg diluar jangkauan(alam ghaib) dari mengejar IMAN & TAKWA kepada ALLAH s.w.t. Kebanyakan kita tidak menyedari bahwa kita telah ditipu dan tertipu dgn permainan syaitan jin dan iblis, contohnya sembahyang kerana takutkn neraka, sembahyang kerana mahukan pahala dan balasan syurga, solat kita seharusnya semata-mata kerana ALLAH s.w.t dan mencari keredaannya.
       Kita telah di ajar dari kecil lagi bahwa melakukan kejahatan mendapat dosa dan melakukan kebaikan mendapat pahala, dengan ini secara tidak lansung amal ibadah kita telah bertukar kerana mahukan pahala dan bukan lagi semata-mata kerana ALLAH s.w.t., dalam solat kita selalu menyebut “amal ibadahku, hidup dan matiku kerana ALLAH s.w.t” tetapi kita telah melakukan syirik tanpa kita sedari semasa mengerjakan solat kerana tujuan kita menunaikan solat tadi telah berubah kerana kita takutkn azab api neraka dan mahukan balasan pahala dan syurga. Sesungguhnya dosa, pahala, syurga dan neraka adalah ketentuan ALLAH s.w.t semata-mata dan hanya dia yg layak menghukum kita mahupn memuliakan kita.  
      Kepercayaan tahyul seperti mempercayai azimat,sakti,ayat2 pendinding dan ayat-ayat al-quran dapat melindung kita dari bahaya,kecelakaan,dan gangguan syaitan jin dan iblis sudah menjadi sebati dalam diri kita. Kita sebai umat islam haruslah meninggalkn kepercayaan-kepercayaan ini supaya kita tidak tersesat di jalan yang benar. Sesungguhnya Al-Qurran itu diturunkn adalah utk dibaca, dihayat, dan difahami dan sebgai panduan kepada kita, dan bukanlah utk dijadikan sebagai pendinding utk menghalau hantu, mahupun sebagai penarik rezki dan sebagai pelindung kepada kita dari segala kejahatan.
      Setiap ayat Al-Qurran mempunya maksud-maksud tersendiri, dan tidak salah bagi kita utk membacanya. Percaya pada Al-Qurran adalah rukun iman yg ketiga, maksud percaya pada Al-Qurran itu adalah mempercayai bahwa Al-Qurran itu adalah benar lagi soheh yg tidak ada sedikitpun satu penipuan, dan ayat-ayat yg terkandung didalamnya hanyalah utuk menunjukkn kebesaran ALLAH yg maha berkuasa lagi maha pencipta kepada kita. Tetapi ramai dikalangan kita telah ditipu oleh syaitan jin dan iblis dengan mempercayai bahwa ayat-ayat Al-Qurran itu mempunyai kuasa yg dapat menolong kita dari kecelakaan, kejahatan, mahupun memberi manfaat kepada kita seperti dapat membuka pintu rezki dan melindungi kita dari bahaya.
Contoh ayat yang menjadi amalan kita pada masa ini
  1. Ayat-kursi.
  2. an-nass (dibaca sebanyak 3 kali).
  3. al-falaq.
  4. al-fatihah (3x,5x,7x).
  5. ayat 1000 dinar.
  6. Bismillah (3,7)
sesungguhnya ayat-ayat ini tidak dapat memberi kesan atau manfaat kepada kita, sekiranya kita memahami maksud ayat itu,jadikanlah ia sebagai doa dan bukanlah ianya hanya sebutan yg membasahi bibir kita semata-mata dan haruslah kita yakin pada ALLAH s.w.t bahwa dialah yg member perlindungan kepada kita, bukan ayat yg dibaca itu membuatkan kita mendapat perlindungan daripadanya.
       Tanpa kita sedari kita telah ditipu oleh syaitan jin dan iblis kerana disebabkn ini kita telah melakukan syirik tanpa kita sedari. Perbuatan ini adalah sama seperti meminta tolong pada bomoh,dukun,tabib,dan ustaz. Mata kita telah dikaburi dgn tipu muslihat mereka utk menyesatkn kita dgn menampakkn perkara yg salah mnjadi betul dan perkara yg betul mnjadi salah kerana kita tidak beriman kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH s.w.t bersabda "MINTAKLAH PADAKU SESUNGGUHNYA AKU LAH YANG MAHA BERKUASA " (kesimpulan dari surah al-falaq), marilah kita kembali kejalan yg benar dan diredhai, sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyayang lagi mengasihani kepada hambanya yg bertaubat dan mengaku akan kesilapan yang mereka telah lakukan  kepadanya, dan marilah kita bersatu padu sesama kita utk menegakkan syiah islam iaitu IMAN dan TAKWA dari ditindas oleh agama lain “sesungguhnya org yg beriman itu adalah bersaudara” dan janganlah kita bermusuh-musuhan sesama islam kerana disebabkan berlainan parti politik dan persefahaman keranan ALLAH sangat membenci pada mereka yg seugama islam yang bermusuh-musuhan diantara mereka.
        "YA ALLAH YARABBILALAMIN, AMPUNKANLAH SEGALA DOSA YG TELAH HAMBA MU INI LAKUKAN SEJAK HAMBA MU INI LAHIR DI ATAS DUNIA INI, SESUNGGUHNYA HAMBA MU INI HAMBA KUFUR, INGKAR, JAHIL, LEKA DAN LALAI DARI MENGINGATIMU YAALLAH, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA YG HAMBA MU INI TELAH LAKUKAN DENGAN DISENGAJA DAN YG TIDAK DISENGAJAKAN, YA ALLAH YARABBILALAMIN LINDUNGILAH DAN PELIHARALAH HAMBAMU INI DARI TIPU HELAH SYAITAN, JIN DAN IBLIS YG MENYESATKAN, SESUNGGUHNYA HAMBAMU INI TIADA DAYA UTK MELAWAN ATAU MELINDUNGI DIRI HAMBAMU INI SENDIRI YAALLAH, HANYAKEPADA ENGKAULAH HAMBAMU INI BERMOHON MEMINTA PERLINDUNGAN YAALLAH, YAALLAH YARABBILALAMIN TERANGKANLAH JIWA HAMBA MU YG PENUH DGN KEGELAPAN INI DGN CAHAYA-CAHAYA MU,BERSIHKANLAH JIWA KU YG PENUH DGN KEKOTORAN INI DGN CAHAYA-CAHAYA MU, DAN ENGKAU BANTU DAN BIMBINGLAH HAMBA MU INI UTK KEMBALI BERIMAN DAN MENUJUKEPADA MU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG DAN HANYA ENGKAULAH YG DAPAN MEMBIMBING HAMBA MU INI KELUAR DARI KESESATAN YAALLAH”

akhir kata marilah kita bersama-sama kejalan yg diredhai dan kembali beriman kepada ALLAH, dan saya ingin meminta maaf atas kekurangan yg ada pada saya, sesungguhnya yang baik itu dating dari ALLAH, dan yang kurang itu dating dari saya.
ASSALAMUALAIKUM.

No comments:

Post a Comment